Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pejuang tidak letak calon proksi bagi PRN Melaka, tegas Mahathir

"Ingin ditegaskan sekali lagi, Pejuang dan saya tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka jauh sekali meletak calon proksi," kata pengerusi parti Pejuang Dr Mahathir Mohamad pada Khamis (11 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Pejuang tidak letak calon proksi bagi PRN Melaka, tegas Mahathir

(Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 11 Nov 2021 06:11PM Dikemas Kini : 11 Nov 2021 06:13PM

MELAKA: Parti Pejuang hari ini (11 Nov) menafikan pihaknya meletak calon proksi yang bertanding sebagai calon Bebas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan di blog sekali lagi menegaskan bahawa parti itu telah mengumumkan tidak akan turut serta dalam PRN Melaka serta tidak menyokong mana-mana pihak.

“Bagaimanapun saya dapat tahu ada sesetengah pihak cuba kaitkan Pejuang dan saya dengan individu tertentu yang bertanding sebagai calon bebas. Ingin ditegaskan sekali lagi, Pejuang dan saya tidak menyokong sesiapa di dalam PRN Melaka jauh sekali meletak calon proksi.

“Saya harap dengan penjelasan ini, tidak lagi ada sesiapa yang akan cuba kaitkan saya, mahupun Pejuang dengan mana-mana calon yang bertanding,” katanya hari ini.

Sebelum ini, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu Norhizam Hassan Baktee yang bertanding atas tiket Bebas turut menafikan laporan bahawa beliau akan bertanding di bawah tiket Pejuang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov.

PRN itu diadakan ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt selepas empat Ahli DUN (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan Ketua Menteri Melaka.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan