Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pejuang sahkan pengunduran Mahathir sebagai pengerusi parti

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad sah meletakkan jawatan sebagai pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Presiden Pejuang, Mukhriz Mahathir memaklumkan Astro AWANI bahawa pihaknya menerima keputusan Dr Mahathir untuk berundur dari jawatan tersebut.

"Seluruh Anggota Majlis Eksekutif Pusat dan ahli parti serata negara menyanjung tinggi jasa, pemikiran, tunjuk ajar dan kepimpinan beliau sepanjang memegang jawatan Pengerusi.

"Penghargaan yang tidak terhingga kami ucapkan kepada Ayahanda Tun. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh membalas jasa beliau kepada kami," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu (17 Dis).

Menurut Encik Muhkriz, biarpun tidak lagi memegang jawatan pengerusi, Dr Mahathir kekal sebagai ahli Pejuang.

Pejuang mencatatkan prestasi terburuk pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu apabila seramai 67 calon yang dipertaruhkannya hilang wang pertaruhan mereka, termasuk Dr Mahathir dan Encik Mukhriz.

Dr Mahathir mengalami kekalahan teruk di Langkawi dengan menduduki tempat keempat dalam pertandingan lima penjuru.

Encik Mukhriz turut mengalami nasib yang sama apabila tewas di Jerlun, kerusi yang disandangnya sejak 2018, selepas Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi itu dengan majoriti 20,456 undi pada 19 Nov lalu.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan