Skip to main content

Dunia

Pejalan kaki dirempuh luar bangunan Parlimen Britain

Polis London menangkap seorang lelaki selepas kereta putih yang dipandunya merempuh pengadang-pengadang keselamatan di luar bangunan parlimen di ibu kota Britain itu pada pagi Selasa (14 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 14 Aug 2018 08:40PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 10:15PM

LONDON: Polis London menangkap seorang lelaki selepas kereta putih yang dipandunya merempuh pengadang-pengadang keselamatan di luar bangunan parlimen di ibu kota Britain itu pada pagi Selasa (14 Ogos).

Siasatan kejadian tersebut diketuai unit polis antipengganasan Britain.

Dua pejalan kaki cedera dalam kejadian tersebut yang berlaku pada 7.37 pagi tadi waktu tempatan. Bagaimanapun kecederaan yang dialami mereka tidak mengancam nyawa.

Semua jalan dan stesen kereta api bawah tanah di sekitar bangunan parlimen pula dikepung polis.

Motif kejadian ini belum diketahui tetapi bebeberapa orang di tempat kejadian berkata lelaki berkenaan memandu keretanya dengan laju dan sengaja melanggar pengadang-pengadang keselamatan di luar Westminster.

Tahun lalu kawasan sekitar parlimen Britain ini menjadi sasaran serangan pengganas yang menyebabkan lima orang terbunuh dan sekitar 50 lagi cedera.

Dalam kejadian itu, Khalid Masood memandu keretanya merempuh para pejalan kaki di sebatang jambatan dan kemudian menikam mati seorang anggota polis yang berkawal di luar parlimen.

Kejadian 22 Mac tahun lalu itu disusuli dengan empat lagi serangan pengganas di Britain termasuk tiga di London.

Sumber : Agensi berita/MU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita