Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pejabat, sekolah ditutup; Taufan Krathon dijangka badai selatan dan timur Taiwan

Taiwan menutup sekolah dan pasaran kewangannya pada Rabu (2 Okt) sedang Taufan Krathon membadai bahagian selatan dan timur pulau itu, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangkakan.

Anggaran Waktu Membaca:
KAOHSIUNG: Taiwan menutup sekolah dan pasaran kewangannya pada Rabu (2 Okt) sedang Taufan Krathon membadai bahagian selatan dan timur pulau itu, dengan hujan lebat dan angin kencang dijangkakan.

Taufan Krathon, dengan angin sekencang 173km sejam dan tiupan sehingga 209km sejam - kini 160km dari barat daya bahagian selatan Kaohsiung setakat pukul 7.00 pagi waktu tempatan, menurut Pentadbiran Cuaca Pusat Taiwan.

Taufan itu, diturunkan kepada kategori sederhana daripada kuat di bawah sistem pemantauan ribut Taiwan semalam, kini dijangka melanda pada Khamis (3 Okt) berhampiran Kaohsiung atau Tainan, dedah agensi itu, hampir sehari lewat daripada ramalan sebelum ini.

"Ketibaan Krathon tertangguh kerana ia kekal di lokasinya sekarang bagi tempoh masa yang lama dan kelajuannya lebih perlahan daripada yang diramalkan," kata peramal kaji cuaca Zeng Zhao-zheng kepada AFP, sambil menambah intensiti taufan itu sudah diturunkan pada pukul 2.00 pagi tadi waktu tempatan dan dijangka terus melemah.

Pejabat dan sekolah di seluruh pulau itu sudah ditutup dan Kementerian Dalam Negeri menyatakan hampir 10,000 orang telah dipindahkan dari kawasan-kawasan terdedah sebagai langkah berjaga-jaga.

Presiden Lai Ching-te memberi amaran pada Selasa (1 Okt) bahawa taufan itu berkemungkinan menyebabkan "kerosakan besar" dan menggesa orang ramai supaya "terus berwaspada" disebabkan oleh laluannya yang agak jarang berlaku dan taufan itu diramal akan keluar dari pantai timur pulau itu.

Semua penerbangan domestik dan perkhidmatan feri telah dibatalkan pada Rabu (3 Okt) dan beberapa syarikat penerbangan sudah menggantung penerbangan dari Taiwan ke Jepun, Hong Kong, Filipina dan Korea Selatan.
Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan