Pejabat pelancong Filipina tamatkan kontrak agensi pengiklanan selepas guna gambar negara lain
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: STR/AFP)
MANILA: Jabatan Pelancongan (DOT) Filipina menamatkan kontrak sebuah agensi pengiklanan tempatan selepas syarikat itu didapati menggunakan rakaman foto dari negara lain dalam video promosi kempen pelancongan barunya, lapor Agensi Berita Jerman, dpa.
Video berdurasi lebih 90 saat dengan cogan kata baru “Love The Philippines” itu dilancarkan pada minggu lalu.
Rakaman video itu memaparkan teres padi di Indonesia, nelayan di Thailand, landasan lapangan terbang di Switzerland, aksi ikan lumba-lumba dan bukit pasir di Amiriah Arab Bersatu (UAE).
Dalam satu kenyataan, DOT menyuarakan kekecewaan serta terkejut kerana rakaman itu bukan asli dan bukan pemandangan yang terdapat di Filipina.
Jabatan tersebut sudah membatalkan kontraknya dengan DDB Philippines kerana gagal mematuhi kewajipan mengikut kontrak.
"Penggunaan rakaman berlatarbelakangkan negara asing dalam kempen mempromosi Filipina sangat tidak sesuai dan bercanggah dengan objektif DOT," menurut jabatan itu.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.