Pejabat Hak Asasi Manusia PBB sokong waran tangkap Netanyahu & Gallant
Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis (21 Nov) menyatakan sokongan penuhnya terhadap usaha Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) dalam meneruskan pertanggungjawabanselepas tribunal itu mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan mantan Menteri Pertahanan Yoav Gallant berhubung tindakan mereka dalam perang Gaza.
Gambar: Naama Grynbaum/Pool Photo menerusi AP
"Kami menghormati kebebasan dan kompetensi Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rom, merentasi semua situasi dan kes dalam bidang kuasanya," kata jurucakap Jeremy Laurence kepada Agensi Anadolu dalam satu kenyataan bertulis.
"Kami menyokong penuh usahanya untuk meneruskan pertanggungjawaban terhadap jenayah antarabangsa yang paling serius," tambahnya lagi.
"Negara-negara yang menyokong Statut Rom mempunyai kewajipan untuk menghormati dan melaksanakan keputusan Mahkamah, yang kami mengharapkan mereka bertindak menurut kewajipan ini," ujar Encik Laurance.
Dewan praperbicaraan 1 Mahkamah Hague menyatakan, ia telah "mengeluarkan waran tangkap untuk dua individu, Benjamin Netanyahu dan Yoav Gallant, atas jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan dari 8 Okt 2023 hingga 20 Mei 2024."
Mengenai dakwaan jenayah mereka, mahkamah menegaskan bahawa ia "menemui alasan munasabah" untuk mempercayai bahawa Encik Netanyahu dan Encik Gallant bertanggungjawab atas "jenayah perang kelaparan sebagai kaedah peperangan; dan jenayah terhadap kemanusiaan, penganiayaan, dan perbuatan tidak berperikemanusiaan lainnya."
Serangan genosid Israel ke atas Gaza baru-baru ini memasuki tahun kedua, yang telah meragut kira-kira 44,000 nyawa rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.