Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pejabat, akaun media sosial Anwar Ibrahim alami pencerobohan siber

Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim memaklumkan terdapat gangguan dan pencerobohan siber di pejabatnya termasuk akaun media sosial milik beliau, sejak Jumaat lalu (3 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Pejabat, akaun media sosial Anwar Ibrahim alami pencerobohan siber

Gambar fail Anuwar Ibrahim. (Gambar: Edgar Su/Reuters)

Diterbitkan : 05 May 2019 04:33PM Dikemas Kini : 05 May 2019 04:35PM

SEREMBAN: Anggota Parlimen Port Dickson Anwar Ibrahim memaklumkan terdapat gangguan dan pencerobohan siber di pejabatnya termasuk akaun media sosial milik beliau, sejak Jumaat lalu (3 Mei).

Encik Anwar, yang juga Presiden PKR, dalam kenyataan hari ini (5 Mei) berkata pihaknya sedang menyelenggara permasalahan itu dan menyarankan agar semua pihak kekal berwaspada dengan segala maklumat yang datang dari pejabatnya mahupun akaun-akaun media sosial atas nama beliau.

“Kami sedang berusaha dengan pihak yang berkaitan dalam menyelesaikan isu pencerobohan siber ini,” katanya.

Dalam pada itu, Encik Anwar berkata gejala pencerobohan siber sebegini semakin merebak ketika kita meluangkan seberapa banyak masa di ruang digital.

“Ternyata, ia suatu impak yang negatif dalam keghairahan kita mencakup teknologi. Senantiasa terdedah kepada individu yang menggunakan perkakas-perkakas digital sama ada untuk keuntungan segera atau membangkitkan ketidaktentuan serta kecelaruan.

“Sedang ‘big data’ dan kecerdasan buatan hanya akan dipacu dengan baik sekiranya ruang digital digunakan secara meluas, ia harus diseimbangkan dengan perlindungan data yang munasabah dan pendekatan yang baik dalam bagaimana data diguna pakai.

“Isu-isu ini juga disentuh dalam mengajukan Digital Native Agenda (DNA23) yang kini menjadi fokus,” ujar beliau lanjut. 

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan