Peguam Negara mungkin digugurkan dek skandal 1MDB
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menggugurkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dari kedudukannya.
Encik Mohamed Apandi. (Gambar: P108 Shah Alam/Facebook)
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan akan menggugurkan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali dari kedudukannya.
Dr Mahathir mendakwa bahawa Tan Sri Apandi menyembunyikan bukti-bukti salah laku, lapor Malaysiakini.
"Kita kena tengok nak lantik siapa sebagai peguam negara. Buat masa ini, peguam negara telah menjatuhkan kewibawaannya sendiri.
“Dia, malah, menyembunyikan bukti salah laku dan ini salah di sisi undang-undang,” katanya dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini (11 Mei).
Malaysiakini melaporkan bahawa Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan berkaitan skandal 1MDB, yang menjatuhkan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dari tampuk kuasa.
Pada Januari 2016, Tan Sri Apandi membersihkan Datuk Seri Najib dari sebarang salah laku berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion (S$0.8 bilion) ke dalam akaun peribadinya.
Siasatan antarabangsa mendakwa wang itu sebenarnya berpunca dari 1MDB tetapi Datuk Seri Najib mendakwa ia ‘derma’ dari keluarga diraja Arab Saudi dan menafikan sebarang salah laku, lapor Malaysiakini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.