Peguam Najib persoal mengapa tiada laporan polis mengenai Dana KWAP
Mahkamah Rayuan pada Khamis (8 Apr) diberitahu bahawa sebahagian besar pinjaman RM4 bilion (S$1.3 bilion) kepada SRC International Sdn Bhd oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mungkin boleh lesap namun tiada laporan polis dibuat.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis (8 Apr) diberitahu bahawa sebahagian besar pinjaman RM4 bilion (S$1.3 bilion) kepada SRC International Sdn Bhd oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mungkin boleh lesap namun tiada laporan polis dibuat.
Peguam Encik Najib Razak, Harvinderjit Singh berhujah bahawa kecurian boleh berlaku di luar struktur korporat SRC yang pernah menjadi anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan seterusnya diletakkan di bawah Kementerian Kewangan Diperbadankan (MOF Inc).
Beliau berkata bekas perdana menteri itu bukan seorang ejen atau diamanahkan dengan RM42 juta (S$13.7 juta) yang dikatakan sebahagian daripada RM4 bilion sehingga telah melakukan pecah amanah jenayah.
KWAP meluluskan pinjaman pertama berjumlah RM2 billion (S$0.65 bilion)kepada SRC International pada 2011 dan pinjaman kedua dengan jumlah sama pada tahun berikutnya.
Pada 28 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta (S$68 juta) ke atas Encik Najib selepas didapati bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta (S$13.7 juta) milik SRC International.
Rayuan yang didengar oleh panel diketuai Encik Abdul Karim Abdul Karim yang bersidang bersama-sama Encik Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam, bersambung Isnin ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.