Skip to main content

Dunia

Peguam minta SPRM siasat Tommy Thomas berhubung kes Lim Guan Eng

Seorang peguam Encik Abu Backer Sidek membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat Peguam Negara Tommy Thomas.

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam minta SPRM siasat Tommy Thomas berhubung kes Lim Guan Eng

(Gambar: AFP/Mohd Rasfan)

Diterbitkan : 04 Sep 2018 11:19PM Dikemas Kini : 04 Sep 2018 11:25PM

PUTRAJAYA: Seorang peguam Encik Abu Backer Sidek membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat Peguam Negara Tommy Thomas berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang membebaskan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng atas pertuduhan rasuah.

Katanya, beliau percaya Encik Thomas adalah individu bertanggungjawab "merestui" Pengarah Bahagian Undang-undang dan Pendakwaan SPRM Mohd Masri Daud untuk memohon kepada mahkamah supaya pertuduhan ke atas Encik Lim digugurkan.

Menurut undang-undang Peguam Negara boleh mendakwa dan menggugurkan pendakwaan kes.

Encik Abu Backer antara individu yang membuat laporan kepada SPRM berhubung kes Lim itu sebelum ini.

Bercakap kepada para wartawan ketika hadir membuat laporan itu di ibu pejabat SPRM, hari ini (4 Sep), Encik Abu Backer turut mendesak SPRM agar merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang itu dan membuka semula kes itu.

Mahkamah tersebut semalam (3 Sep) membebaskan Encik Lim dan ahli perniagaan Encik Phang Li Koon daripada tuduhan rasuah berhubung pembelian banglo di bawah nilai pasaran selepas pihak pendakwa menarik balik tuduhan.   

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita