Skip to main content

Dunia

Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah dijangka didakwa atas 4 tuduhan

Peguam Encik Najib Razak, Encik Muhammad Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini (13 Sep) atas empat tuduhan melibatkan pengubahan wang haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah dijangka didakwa atas 4 tuduhan

Encik Muhammad Shafee Abdullah. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Sep 2018 10:47AM Dikemas Kini : 13 Sep 2018 10:54AM

KUALA LUMPUR: Peguam Encik Najib Razak, Encik Muhammad Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen pagi ini (13 Sep) atas empat tuduhan melibatkan pengubahan wang haram.

Sumber dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, ketika dihubungi berkata, Encik Muhammad Shafee, diberkas di sekitar Kuala Lumpur awal pagi ini (13 Sep).

“Beliau dibawa ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta pagi ini (13 Sep) dan akan didakwa di bawah Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) ,” kata sumber berkenaan.

Encik Muhammad Shafee menjadi tumpuan baru-baru ini selepas presiden PKR yang dipilih, Encik Anwar Ibrahim pada 7 September berkata bahawa seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara sudah mengeluarkan afidavit mendakwa kononnya Encik Muhammad Shafee menerima bayaran berjumlah RM9.5 juta (S$3.1 juta) daripada bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk mengetuai pendakwaan terhadap Encik Anwar dalam rayuannya bagi hukuman lliwat keduanya pada 2015.

Encik Muhammad Shafee dilantik sebagai ketua pendakwa raya dalam rayuan kes liwat Encik Anwar di Makhamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 2013 di mana kumpulan pendakwaan berjaya dalam menyabitkan kesalahan ke atas Encik Anwar dan menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun ke atasnya.

Encik Muhammad Shafee menafikan wang itu adalah bayaran untuk menjadi pendakwa raya khas bagi kes rayuan Encik Anwar, sebaliknya berkata bayaran itu adalah bagi khidmat guaman terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita