Skip to main content

Dunia

Peguam Harith Iskander mohon tarik diri daripada kes saman fitnah Rosmah

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam Harith Iskander mohon tarik diri daripada kes saman fitnah Rosmah

Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60 tahun. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Nov 2026 06:46PM Dikemas Kini : 13 Nov 2026 06:47PM
Harith Iskander’s lawyer seeks to withdraw from Rosmah defamation suit
  • The Kuala Lumpur High Court set a hearing for 2.15pm on Nov 24, via Zoom, for lawyers Sangeet Kaur Deo and Harkiranjit Kaur Manjit Singh’s application to withdraw from representing Harith Iskander.
  • The application is related to Rosmah Mansor’s defamation suit against Harith, filed after a comedy performance at a hotel in Melaka on Jan 17.
  • Rosmah claims that images and jokes in the performance insulted her and damaged her reputation after a recording was uploaded to TikTok; she is seeking damages, an injunction and an apology.
  • Harith denies that the performance was defamatory and says the TikTok clip was published without his knowledge or consent and did not show the full context of the performance.
Dijana oleh AI

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 24 November untuk mendengar permohonan peguam Sangeet Kaur Deo dan Harkiranjit Kaur Manjit Singh, untuk menarik diri daripada mewakili pelawak dan pelakon Harith Iskander.

Harith terlibat dalam kes saman fitnah yang difailkan isteri mantan Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor.

Encik Sangeet ketika dihubungi mengesahkan permohonan tersebut.

“Ya, kami memohon untuk menarik diri (discharge) daripada mewakili (Harith Iskander),” katanya.

Awal dari itu, Encik Sangeet dan Encik Harkiranjit menghadiri prosiding pengurusan kes permohonan itu secara online di hadapan Hakim Arziah Mohamed Apandi bersama-sama peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff dan Nur-Diana Ezlyn Hashim yang mewakili Cik Rosmah.

Sementara itu, Encik Mohamed Baharudeen ketika dihubungi para wartawan berkata pendengaran permohonan berkenaan pada 24 November akan dijalankan secara online menerusi aplikasi Zoom pada 2.15 petang.

Pada 9 Jun lalu, Cik Rosmah, 74 tahun, memfailkan saman terhadap Harith Iskander atau nama sebenarnya Harith Iskander Musa, 60 tahun, menerusi syarikat guaman Hafarizam & Aisha Mubarak atas dakwaan menjadi mangsa penghinaan dan kecaman badan (body shaming) dalam persembahan komedi berdiri bertajuk 'Harith Iskander: The Outspoken Comedy Tour' di sebuah hotel di Melaka pada 17 Januari.

Menerusi pernyataan tuntutannya, isteri kepada mantan Perdana Menteri itu mendakwa defendan menayangkan imej berkaitan makhluk mitologi seram sebelum memaparkan imej beliau, selain mengeluarkan kenyataan berbaur ejekan mengenai melihat cermin pandang belakang ketika memandu di jalan gelap.

Cik Rosmah turut mendakwa rakaman persembahan berkenaan dimuat naik seorang pengguna TikTok hingga meraih beratus-ratus ribu tontonan, sekali gus menjatuhkan reputasi dan maruah beliau sebagai figura awam serta penaung badan amal.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon ganti rugi am, teruk dan teladan, perintah injunksi untuk menghalang penerbitan semula kenyataan tersebut serta permohonan maaf secara bertulis di dua akhbar arus perdana dan akaun media sosial.

Bagaimanapun, Harith Iskander dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 9 Julai lalu menafikan paparan itu membawa maksud fitnah seperti yang didakwa plaintif.

Selain itu, Harith Iskander berkata penerbitan klip video di TikTok itu dibuat tanpa pengetahuan atau persetujuannya serta di luar konteks penuh persembahan komedi berkenaan.

Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita