Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Peguam 2 wartawan Reuters di Myanmar kemuka rayuan

Para peguam bagi dua wartawan Reuters di Myanmar sudah mengemukakan rayuan dengan hujah, hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas anak-anak guam mereka atas kesalahan mencabuli Akta Rahsia negara, adalah satu kesilapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Peguam 2 wartawan Reuters di Myanmar kemuka rayuan

(Gambar fail: Myat Thu Kyaw/Reuters)

Diterbitkan : 24 Dec 2018 08:12PM Dikemas Kini : 24 Dec 2018 08:18PM

MYANMAR: Para peguam bagi dua wartawan Reuters di Myanmar sudah mengemukakan rayuan dengan hujah, hukuman penjara yang dijatuhkan ke atas anak-anak guam mereka atas kesalahan mencabuli Akta Rahsia negara, adalah satu kesilapan.

Wa Lone 32 tahun dan Kyaw Soe Oo 28 tahun, ditangkap pada Disember tahun lalu dan dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun pada September.

Mereka didapati bersalah mencabuli Akta Rahsia Myanmar kerana memiliki bahan-bahan rahsia mengenai operasi keselamatan ketika ditangkap Disember lalu. Bagaimanapun agensi berita Reuters mempertikaikan dakwaan tersebut.

Ia mendakwa kedua-dua wartawannya itu sudah diperangkap pihak polis, ketika menyiasat bagi satu laporan mengenai pembunuhan 10 kaum Islam Rohingya, di wilayah Rakhine.

Sesi mahkamah bagi mendengar rayuan itu sudah tamat dan tidak pula menyatakan bila keputusan mengenainya akan diumumkan.

Para peguam bela meminta mahkamah memansuhkan hukuman penjara dan membebaskan kedua-dua wartawan Reuters itu.

Sumber : Reuters/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan