Skip to main content

Dunia

Pegawai Tentera Udara Taiwan maut akibat sedutan enjin jet pejuang

Seorang pegawai Tentera Udara Taiwan terbunuh akibat sedutan enjin sebuah jet pejuang, menurut Markas Tentera Udara Taiwan pada Selasa (21 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pegawai Tentera Udara Taiwan maut akibat sedutan enjin jet pejuang

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 22 Jan 2025 03:13PM Dikemas Kini : 22 Jan 2025 03:14PM
TAIWAN: Seorang pegawai Tentera Udara Taiwan terbunuh akibat sedutan enjin sebuah jet pejuang, menurut Markas Tentera Udara Taiwan pada Selasa (21 Jan).

Insiden itu berlaku pada pagi Selasa (21 Jan) di Pangkalan Tentera Udara Ching Chuan Kang di Taichung.

Laporan media tempatan menyatakan bahawa pesawat tersebut adalah sebuah jet pejuang.

Pegawai wanita itu sedang melakukan pemeriksaan akhir rutin pada jet pejuang yang baru mendarat sebelum enjinnya dimatikan, menurut pihak berkuasa.

Atas "sebab yang tidak diketahui", dia tersedut ke dalam enjin sebelah kanan jet itu, dedah pihak berkuasa.

Pegawai itu dikejarkan ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia.

Tentera Udara Taiwan sedang menyiasat punca kemalangan itu, sambil menambah bahawa ia akan menjalankan semakan menyeluruh untuk mengelakkan kejadian seperti itu berulang.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita