Pegawai tentera laut NZ dibicarakan; pasang kamera sulit dalam tandas kedutaan
Salah seorang pegawai kanan tentera laut New Zealand dibicarakan kerana memasang kamera sulit yang disembunyikan dalam sebuah tandas di bangunan kedutaan negara itu di Washington DC.
Bangunan kedutaan New Zealand di Washington. (Gambar: Kedutaan New Zealand/Facebook)
WELLINGTON: Salah seorang pegawai kanan tentera laut New Zealand dibicarakan kerana memasang kamera sulit yang disembunyikan dalam sebuah tandas di bangunan kedutaan negara itu di Washington DC.
Laksamana Pertama Alfred Keating sudah didakwa atas percubaan membuat "rakaman visual yang intim" dan kini dibicarakan di Auckland, menurut laporan media tempatan.
Menurut dokumen mahkamah, Keating dipercayai memasang sebuah kamera kecil "dalam tandas uniseks di tingkat 3 bangunan Kedutaan New Zealand" di Washington pada 2017.
"Kamera itu dengan sengaja dipasang pada paip pemanasan dalam tandas," dan hanya dijumpai apabila panel itu terjatuh ke lantai.
Kad media kamera itu mempunyai kesan DNA Keating dan komputernya mengandungi pemacu kamera dan sofwe yang ada kaitan dengan kamera tersebut.
Menjelang perbicaraan itu, Keating cuba menghalang orang awam daripada mengetahui identitinya, sambil mendakwa bahawa ia akan "menyukarkannya untuk mendapat pekerjaan pada masa akan datang" dan mencemari imej tentera.
Bagaimanapun, seorang hakim menolak permohanan itu.
Keating bagaimanapun tidak mengaku bersalah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.