Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai SPRM antara 4 individu ditahan terima suapan kes Jana Wibawa

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawainya dan tiga lagi individu lain, termasuk seorang wanita, pada Khamis lalu (9 Mac) kerana dipercayai meminta serta menerima rasuah sebanyak RM400,000 (S$119,000) bagi mengelakkan siasatan melibatkan kes program Jana Wibawa.

Menurut sumber, wanita berkenaan bagaimanapun sudah dibebaskan dengan jaminan SPRM, manakala tiga suspek lain kini direman hingga Isnin (13 Mac).

Sumber itu juga berkata SPRM kini sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai 'Datuk Roy' yang dipercayai perancang utama dalam kes rasuah melibatkan siasatan kes berkenaan.

“Lelaki itu, yang berusia lingkungan 50-an, sebelum ini pernah dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukuman penjara atas kesalahan rasuah,” katanya kepada Bernama pada Ahad (12 Mac).

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara berkenaan.

“SPRM sama sekali tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawainya sekiranya didapati terbabit dalam sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang,” tegasnya.
Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan