Pegawai sekolah LA arahkan vaksin COVID-19 bagi pelajar berusia 12 tahun dan ke atas
Para pegawai sekolah-sekolah di wilayah Los Angeles pada Khamis (9 Sep) sebulat suara mengundi supaya vaksinasi COVID-19 diberikan kepada semua pelajar berusia 12 tahun dan ke atas. Ia juga adalah daerah persekolahan terbesar di Amerika Syarikat untuk mengambil langkah tersebut.
(Gambar: Reuters)
LOS ANGELES: Para pegawai sekolah-sekolah di wilayah Los Angeles pada Khamis (9 Sep) sebulat suara mengundi supaya vaksinasi COVID-19 diberikan kepada semua pelajar berusia 12 tahun dan ke atas. Ia juga adalah daerah persekolahan terbesar di Amerika Syarikat untuk mengambil langkah tersebut.
Anggota lembaga sekolah meluluskan suntikan vaksin itu meskipun berdepan bantahan daripada beberapa ibu bapa yang berkata dalam Bahasa Sepanyol bahawa mereka prihatin terhadap keselamatan vaksin itu dan mereka sepatutnya berhak membuat keputusan itu bagi pihak anak mereka.
"Saya tidak melihatnya sebagai pilihan anda atau pilihan saya," kata anggota lembaga Jackie Goldberg. "Saya melihatnya sebagai keperluan masyarakat. Ini bermakna orang ramai perlu melakukan sesuatu yang mereka tidak selesa, tidak pasti, ia mungkin berisiko."
Dengan lonjakan dalam kes COVID-19 disebabkan oleh varian Delta yang mudah merebak, beberapa sekolah daerah berdepan kesukaran untuk mewujudkan dasar berkaitan topik-topik vaksin dan pemakaian pelitup yang membangkitkam emosi masyarakat.
Kanak-kanak merangkumi sekitar suku daripada keseluruhan kes COVID-19 di Amerika Syarikat pada minggu yang berakhir pada 2 September, menurut Akademi Pediatrik Amerika.
Lebih 600,000 pelajar menghadiri 1,200 sekolah-sekolah awam di Sekolah Daerah Bersatu Los Angeles, yang sudahpun mewajibkan pemakaian pelitup, ujian dan melakukan naik taraf pemgaliran udara. Lembaga itu sebelum ini memandatkan semua kakitangan untuk mengambil vaksin tanpa sebarang pengecualian.
Namun, mandat itu tidak tertakluk kepada sejumlah kecil pelajar yang memilih untuk duduk rumah.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat menyatakan pada Mei lalu bahawa kanak-kanak berusia 12 hingga 15 tahun boleh mengambil vaksin Pfizer-BioNTech yang sebelum ini diluluskan bagi mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas, namun kelulusan bagi kanak-kanak berusia bawah 12 tahun belum lagi diluluskan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.