Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai Rusia tuduh Ukraine lakukan serangan dron ke Ibu pejabat Armada Laut Hitam

Anggaran Waktu Membaca:

MOSCOW: Seorang pegawai di Crimea menuduh Ukraine pada Ahad (31 Jul) melakukan serangan dron menjelang perayaan Hari Tentera Laut.

Serangan itu menyebabkan lima orang cedera dan perayaan itu terpaksa dibatalkan.

Tuduhan tersebut dibuat menyusuli beberapa jam sebelum Presiden Rusia, Vladimir Putin menghadiri perayaan Hari Tentera Laut di St Petersburg dan meluluskan doktrin tentera laut Rusia sedang Moscow meneruskan pencerobohan ke atas Ukraine. 

"Sebuah objek yang tidak dikenal pasti terbang ke halaman ibu pejabat armada," tulis Mikhail Razvozhayev, gabenor Sevastopol, di mana terletaknya Armada Laut Hitam Rusia, melalui aplikasi Telegram.

"Maklumat awal menunjukkan bahawa ia adalah sebuah dron."

Beliau menyatakan bahawa Ukraine ingin "merosakkan perayaan Hari Tentera Laut kami". 

Kementerian pertahanan Ukraine bagaimanapun tidak memberikan respons segera mengenai kejadian tersebut.

Encik Razvozhayev mengatakan bahawa lima kakitangan ibu pejabat tercedera dalam kejadian dan Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) sedang lakukan siasatan. 

"Kesemua perayaan terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan," kata Encik Razvozhayev. 

"Anda harus kekal tenang dan dinasihatkan supaya duduk di rumah."

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan