Pegawai polis kanan didakwa bunuh remaja dalam kes langgar lari di Malaysia
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Bernama
IPOH: Seorang pegawai polis hari ini (18 Dis) didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang pelajar 17 tahun dalam satu kejadian, pada Jumaat lalu.
Mohd Nazri Abdul Razak, 44 tahun, didakwa membunuh Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Meru antara 12.05 hingga 12.40 tengah hari 15 Dis lalu.
Tiada pengakuan direkodkan di depan Majistret S Punitha kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi, menurut agensi berita Free Malaysia Today.
Nazri didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati atau dipenjara 30 hingga 40 tahun dan sekurang-kurangnya 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pegawai polis berpangkat timbalan superintendan yang bertugas di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu kelihatan tenang sebaik sahaja pertuduhan dibacakan.
Abang mangsa, Zarul Fitri, 29 tahun, bagaimanapun tidak dapat menahan sebak ketika pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh, lapor agensi berita Free Malaysia Today.
Pertuduhan diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Azlina Rasdi, Khairul Azreem Mamat, Wan Azimah Yaacob, Afzainizam Abdul Aziz, Saiful Akmal Mod Said, Nasrul Hadi Abdul Ghani, J Geetha dan Low Qin Hui, manakala tertuduh diwakili peguam Jacky Loi Yap Loong.
Mahkamah menetapkan 7 Feb depan untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan kimia.
Dalam kejadian Jumaat lalu, Zaharif maut selepas dipercayai diseret lebih lima meter oleh kereta yang melanggarnya, ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah ke rumahnya di Chemor.
Bedah siasat di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen, menurut agensi berita Free Malaysia Today.
Susulan itu, seorang pegawai polis ditahan pada hari sama.
Sementara itu, rata-rata pengamal media kecewa apabila gagal merakam pergerakan keluar dan masuk tertuduh.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.