Pegawai pilihan raya gesa Elon Musk hentikan chatbot AI dari sebar maklumat palsu
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Kirill KUDRYAVTSEV)
WASHINGTON: Setiausaha negara di lima wilayah Amerika Syarikat menghantar surat terbuka kepada usahawan Elon Musk untuk menggesa beliau supaya membaiki chatbot AI di wadah X.
Ini selepas ia memberikan salah maklumat mengenai pilihan raya presiden di negara itu, yang dijadualkan pada 5 November ini.
Ia berlaku di tengah-tengah keprihatinan oleh para pengkaji bahawa wadah media sosial itu adalah sarang penyebaran salah maklumat politik.
"Sebagai Setiausaha Negara di mana pejabat dan 37 juta pengundinya baru-baru ini terjejas oleh maklumat palsu yang disediakan oleh platform anda, kami menyeru anda untuk segera melaksanakan perubahan kepada AI X, Grok, untuk memastikan pengundi mempunyai maklumat yang tepat pada tahun pilihan raya yang kritikal ini," kata pegawai dari Minnesota, Pennsylvania, Washington, Michigan dan New Mexico dalam surat terbuka kepada Encik Musk.
Sementara itu, Encik Musk yang merupakan penyokong calon presiden Donald Trump, kelihatan cuba mempengaruhi pengundi dengan menyebarkan kepalsuan di akaun X peribadinya.
Selang beberapa jam selepas Presiden Joe Biden mengundurkan diri daripada persaingan jawatan Presiden, dan memberi sokongan kepada Naib Presiden Kamala Harris sebagai calon Democrat,
chatbot AI berkenaan mula memberikan maklumat palsu mengenai tarikh akhir undi yang dikongsi secara meluas di wadah-wadah lain.
Chatbot, Grok secara palsu memberitahu pengguna media sosial bahawa Cik Harris telah terlepas tarikh akhir undi di sembilan negeri.
"Ini adalah palsu," tambah surat daripada lima setiausaha negara itu.
Encik Musk berkata pada Mac bahawa Grok - chatbot dari syarikat pemula kecerdasan buatan xAI - akan ditawarkan kepada semua pelanggan premium X.
Pegawai di lima wilayah Amerika itu berkata dalam surat mereka bahawa walaupun chatbot hanya tersedia untuk pengguna premium, maklumat salahnya telah dikongsi dengan berjuta-juta orang di media sosial.
Mereka berkata bahawa X harus mengarahkan pengguna Grok supaya ke CanIVote.org, tapak web bukan partisan mengenai maklumat pengundian Amerika, apabila ditanya tentang pilihan raya presiden 5 November.
Platform media sosial itu tidak segera menjawab permintaan untuk mengulas mengenai surat itu.

Sumber : Reuters/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.