Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai kesihatan tertinggi AS beri amaran penggunaan media sosial oleh golongan muda

Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Pegawai kesihatan tertinggi Amerika Syarikat (AS) pada Selasa (23 Mei) memberi amaran yang tegas kepada ibu bapa, syarikat-syarikat tekonologi dan para pengatur, bahawa bukti yang menunjukkan media sosial dapat membahayakan kanak-kanak sedang meningkat.

Di dalam surat makluman, ketua pakar bedah AS Vivek Murthy berkata bahawa walaupun media sosial mempunyai manfaat, "terdapat tanda-tanda yang cukup bahawa media sosial juga berisiko menyebabkan bahaya yang mendalam terhadap kesihatan mental dan kesejahteraan kanak-kanak serta remaja".

Media sosial yang digunakan oleh golongan muda di Amerika Syarikat hampir universal, di mana sehingga 95 peratus remaja melaporkan mereka menggunakan platform media sosial dan lebih sepertiga berkata mereka menggunakannya "dengan kerap", menurut Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia AS.

Laporan Encik Murthy juga menyatakan bahawa media sosial dapat membantu kanak-kanak serta remaja menemukan sebuah masyarakat untuk menjalin hubungan.

Namun perkara itu juga mengandungi 'kandungan ekstrim, tidak sesuai dan berbahaya," yang boleh menganggap perbuatan mencederakan diri sendiri dan bunuh diri sebagai "perkara biasa".

Ia boleh mengelkalkan perasaan tidak puas hati terhadap badan seorang individu, gangguan makan dan kemurungan serta mendedahkan kanak-kanak kepada perbuatan buli secara online, yang berlaku ketika mereka melalui fasa kritikal dalam pembangunan otak, menurut laporan itu.

Encik Murthy menggesa penggubal dasar untuk mengukuhkan piawaian keselamatan sekitar media sosial dan menggesa syarikat-syarikat teknologi supaya menilai secara bertanggungjawab terhadap kesan produk mereka ke atas kanak-kanak dan berkongsi data bersama para penyelidik.

Beliau juga menasihati ibu bapa supaya membuat ruang bebas teknologi di rumah supaya dapat menggalakkan komunikasi antara satu sama lain secara berdepan dan mendidik kanak-kanak melalui tingkah laku online yang sihat dan bertanggungjawab.

Laporan itu dikeluarkan pada waktu di mana pihak berkuasa merata Amerika Syarikat sedang mencari cara untuk mengawal penggunaan media sosial dan mengekang kesan buruknya khususnya terhadap golongan muda.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan