Pegawai kanan TLDM, pengarah syarikat disiasat atas dakwaan rasuah
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Tentera Diraja Malaysia (TLDM) direman kerana disyaki terlibat dalam aktiviti rasuah dengan mengesyor dan melantik syarikat bagi mendapatkan kerja di tempat beliau bertugas.
Turut direman adalah seorang pengarah syarikat kerana disyaki terlibat dan bersubahat dalam kegiatan rasuah berkenaan.
Perintah reman selama tujuh hari hingga 29 Jan terhadap kedua-dua individu berkenaan dikeluarkan Majistret A. Hafiizh Abu Bakar selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Tinggi Ipoh pada pagi Sabtu (24 Jan).
Sumber memaklumkan bahawa kedua-dua suspek lelaki berusia dalam lingkungan usia 40 dan 50-an itu ditahan pada kira-kira pukul 6.50 petang dan 9.40 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Perak, di Ipoh.
“Kedua-dua suspek dipercayai bersubahat melakukan perbuatan berkenaan sejak 2017 hingga 2020.
“Siasatan awal turut mendapati pegawai kanan TLDM itu disyaki memiliki harta melebihi jumlah gaji yang diterima seperti pemilikan kira-kira lapan aset tak alih terdiri daripada tiga buah rumah, tiga rumah kedai dan dua hotel yang didaftarkan atas nama beliau,” katanya.
Sumber juga memaklumkan, siasatan mendapati terdapat kemasukan sejumlah wang dari sumber yang diragui bernilai kira-kira RM2 juta (S$640,159) ke dalam akaun peribadi dan dua akaun syarikat perhotelan milik pegawai tersebut.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM Saiful Ezral Arifin ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.