Pegawai Israel tawar ketua Hamas laluan selamat sebagai tukar ganti tebusan di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Seorang pegawai Israel mendedahkan kemungkinan untuk menawarkan ketua Hamas, Yahya Sinwar, laluan selamat untuk keluar dari Gaza, sebaik sahaja semua tebusan di wilayah Palestin itu dibebaskan.
Penyelaras Israel untuk Tebusan dan Individu yang Hilang, Gal Hirsch, memberitahu Jessica Dean daripada CNN pada Ahad (8 Sep) bahawa jika semua baki 101 tebusan dikembalikan, “Saya percaya bahawa kami akan bersetuju untuk membina laluan selamat kepada ketua Hamas ... Sinwar – laluan selamat kepadanya dan sesiapa yang beliau ingin mengikutnya keluar dari Gaza.”
Encik Hirsch berkata syarat tersebut, serta Gaza yang "tiada sebarang unsur ketenteraan dan radikalisasi," akan memulihkan Gaza dan menamatkan peperangan.
Pada Selasa (10 Sep), Encik Hirsch mendedahkan idea tersebut dalam wawancara bersama Bloomberg, dengan mengatakan bahawa Israel sudah mencadangkan laluan selamat untuk Encik Sinwar.
"Saya bersedia untuk memberi laluan selamat kepada Sinwar, keluarganya, sesiapa yang ingin mengikutnya," katanya kepada Bloomberg.
"Kami ingin semua tebusan dikembalikan. Kami ingin Gaza diurus dengan sistem yang tiada unsur ketenteraan dan radikalisasi."
Encik Hirsch memberitahu Bloomberg bahawa tawaran itu dikemukakan satu setengah hari lalu, namun tidak mendedahkan respons yang diberikan.
Israel terbuka kepada idea membebaskan tahanan Palestin sebagai perjanjian tersebut, tambahnya.

Hamas mengumumkan Encik Sinwar sebagai ketua biro politik kumpulan tersebut pada bulan lalu, beberapa hari selepas pemimpin biro itu sebelumnya, Ismail Haniyeh dibunuh di Tehran.
Encik Sinwar dipercayai masih berleluasa di dalam rangkaian terowong Hamas di Gaza dan sering bertukar kedudukannya.
Beliau belum pernah dilihat di khalayak ramai sejak serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober tahun lalu.

Sumber : CNN/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.