Pegawai Israel bakal soal pembantu juruterbang penerbangan flydubai: Sumber
Para pegawai Israel dijangka menyoal pembantu juruterbang yang dipercayai cuba menjatuhkan sebuah pesawat penumpang komersial dari Dubai menuju ke Tel Aviv, menurut sumber yang diberi taklimat berhubung siasatan tersebut.
Para penumpang menaiki pesawat flydubai di Lapangan Terbang Antarabangsa Ben Gurion di Lod, dekat Tel Aviv, Israel, pada 30 September 2026. (Gambar: REUTERS/Ammar Awad)
- flydubai flight FZ1073 from Dubai to Tel Aviv nearly ended in tragedy on Sep 30 when the Omani co-pilot allegedly stabbed the pilot and tried to crash the aircraft.
- Passengers and crew managed to overpower the suspect before a relief pilot landed the plane carrying more than 170 people at Tabuk Airport in Saudi Arabia.
- The UAE has opened an official investigation, with flydubai's support and the participation of Israeli investigators, to examine the facts, the motive, the suspect's background and possible terrorism links.
- The incident has raised security concerns in Israel ahead of the Oct 27 elections, while Netanyahu and Modi praised pilot Smit Machchhar as a hero.
- Pesawat flydubai FZ1073 dari Dubai ke Tel Aviv hampir mengalami tragedi pada 30 September apabila pembantu juruterbang warga Oman dipercayai menikam juruterbang dan cuba menghempas pesawat.
- Penumpang dan anak kapal berjaya menumpaskan suspek, sebelum juruterbang simpanan mendaratkan pesawat membawa lebih 170 orang di Lapangan Terbang Tabuk, Arab Saudi.
- UAE membuka siasatan rasmi dengan sokongan flydubai dan penyertaan penyiasat Israel untuk meneliti fakta, motif, latar belakang suspek serta kemungkinan kaitan pengganasan.
- Kejadian itu meningkatkan kebimbangan keselamatan di Israel menjelang pilihan raya 27 Oktober, sementara Netanyahu dan Modi memuji juruterbang Smit Machchhar sebagai wira.
Tragedi berjaya dielakkan dalam penerbangan flydubai FZ1073 pada Rabu (30 Sep) selepas para penumpang dan anak kapal menumpaskan pembantu juruterbang tersebut, yang menikam juruterbang dalam kejadian yang disifatkan para pegawai Israel sebagai cubaan untuk menghempas pesawat yang membawa lebih 170 penumpang dan anak kapal tersebut.
Juruterbang simpanan flydubai yang berada dalam penerbangan kemudian mendaratkan pesawat berkenaan di Lapangan Terbang Tabuk di barat laut Arab Saudi, di mana pembantu juruterbang berkenaan ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.
Pembantu juruterbang terbabit dipindahkan ke Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Khamis, di mana sumber tersebut berkata para pegawai Israel dijangka menyoalnya.
Sumber itu enggan mendedahkan agensi atau pihak berkuasa Israel yang akan mengambil bahagian dalam sesi soal siasat tersebut.
Apabila ditanya sama ada para pegawai Israel akan menyoal pembantu juruterbang tersebut, seorang pegawai pemerintah Israel memberitahu Reuters bahawa para penyiasat Israel akan mengambil bahagian dalam siasatan yang diterajui UAE bersama pihak berkuasa negara itu, bagi menentukan apa yang berlaku serta meneliti motif dan latar belakang suspek.
Kementerian Luar UAE tidak memberikan maklum balas segera terhadap permintaan untuk mengulas sama ada para pegawai Israel akan menyoal pembantu juruterbang tersebut.
Dalam kenyataan awam pertamanya berhubung kejadian tersebut, Ketua Eksekutif flydubai Ghaith Al Ghaith berkata pada Jumaat (2 Okt) bahawa pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan rasmi dengan sokongan syarikat penerbangan tersebut, menyusuli apa yang disifatkannya sebagai "insiden keselamatan" di kokpit.
"Ia adalah penting untuk kita membenarkan proses ini menentukan fakta sebenar," kata beliau dalam satu kenyataan bertulis, sambil mengakui terdapat "banyak persoalan" mengenai apa yang berlaku dalam penerbangan FZ1073.
Agensi berita pemerintah UAE melaporkan pada Khamis bahawa pihak berkuasa negara itu sudah membuka siasatan bagi menentukan keadaan dan motif di sebalik kejadian tersebut serta mengenal pasti "sama ada insiden itu mempunyai kaitan dengan sebarang kegiatan atau tujuan pengganasan, atau melibatkan perancangan atau arahan terlebih dahulu".
MOTIF MASIH BELUM DIKENAL PASTI
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berkata pada Jumaat bahawa Israel sedang menyiasat sama ada pembantu juruterbang itu bertindak atas arahan pihak lain. Dalam satu kenyataan video yang dikeluarkan pejabatnya, beliau memberi amaran bahawa sesiapa yang terlibat akan menerima "padah yang berat".
Kebanyakan penumpang dalam pesawat tersebut merupakan warga Israel.
Encik Netanyahu berkata pada Khamis bahawa pembantu juruterbang itu, yang dikenal pasti sebagai seorang warga Oman, sudah melalui proses indoktrinasi fahaman Islam radikal dan jelas berniat membunuh diri. Namun, motif tindakannya setakat ini masih belum dikenal pasti.
Israel tidak mempunyai hubungan diplomatik rasmi dengan Oman dan Encik Netanyahu berkata juruterbang dari negara sedemikian tidak dibenarkan untuk mengendalikan penerbangan ke Israel. Masih belum jelas bagaimana pembantu juruterbang tersebut ditugaskan dalam penerbangan ke Tel Aviv.
Pesawat tersebut menjunam sekitar 16,625 kaki dalam tempoh hanya lebih 30 saat ketika terbang merentasi Arab Saudi dalam perjalanan dari UAE ke Israel, menurut data daripada laman penjejakan penerbangan Flightradar24. Laluan tersebut popular dalam kalangan warga Israel.
JURUTERBANG DISANJUNG SEBAGAI WIRA
Identiti pembantu juruterbang tersebut belum didedahkan kepada umum selain kewarganegaraannya. Juruterbang yang ditikam pula dikenal pasti sebagai warga India, Smit Machchhar, yang disanjung sebagai wira oleh Encik Netanyahu dan Perdana Menteri India Narendra Modi.
Pihak berkuasa Oman belum mengulas berhubung kejadian tersebut.
Kejadian itu meningkatkan kebimbangan berhubung keselamatan di Israel beberapa minggu sebelum rakyat negara itu keluar mengundi pada 27 Oktober, dalam pilihan raya umum pertama sejak serangan yang diterajui Hamas pada 7 Oktober 2023. Isu keselamatan Israel menjadi antara perkara utama dalam kempen pilihan raya.
Amerika Syarikat dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada Februari dalam perang yang kemudiannya merebak dengan pantas ke rantau Teluk dan Lubnan, di mana Israel bertempur dengan kumpulan militan Hezbollah yang disokong Iran.
Sejak diserang Iran tahun ini, UAE memperkukuh hubungannya dengan Israel, yang menjalinkan hubungan diplomatik dengannya menerusi Perjanjian Abraham 2020.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.