Pegawai Imigresen M'sia ditahan seludup 6 warga India
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Jabatan Imigresen Malaysia)
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai imigresen ditahan kerana disyaki membawa enam lelaki warga India memasuki Malaysia tanpa dokumen sah dalam sindiket menyeludup warga asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2, Sepang, pada Selasa (1 Nov).
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Khairul Dzaimee Daud berkata enam lelaki warga India itu turut ditahan pada pukul 7.45 malam.
Beliau berkata kesemua warga asing berusia lingkungan 20 hingga 42 tahun itu, cuba memasuki negara itu untuk bekerja tanpa pas yang sah serta mengelakkan bayaran levi.
"Modus operandi sindiket berkenaan ialah dengan menawarkan e-visa palsu kepada mereka untuk memasuki Malaysia sebagai pelancong."
“Sindiket akan menyediakan kemudahan tempat tinggal, program lawatan dan sejumlah wang bagi menunjukkan seolah-seolah mereka pelancong tulen,” katanya dalam kenyataan pada Rabu (2 Nov).
Encik Khairul Dzaimee berkata pegawai imigresen berusia 31 tahun itu didapati bersubahat dalam sindiket tersebut dengan memberi cop ke atas pasport tanpa merekodkan perjalanan warga asing tersebut ke dalam sistem myIMMs.
Menurutnya berdasarkan maklumat risikan, sindiket tersebut dipercayai beroperasi sejak April lalu dengan mengenakan bayaran antara RM5,000 (S$1,500) dengan RM,6000 (S$1,800) bagi setiap pelawat.
"Kesemua warga asing terbabit disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Pasport 1966 kerana cuba memasuki Malaysia secara tidak sah, manakala pegawai imigresen itu pula akan disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 setelah perintah reman diperoleh,” katanya.
Menurutnya, Jabatan Imigresen akan terus meningkatkan usaha perisikan serta operasi bagi membenteras kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia.
“Imigresen tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak walaupun ia melibatkan pegawai kami sendiri."
"Mereka yang didapati bersalah akan menerima hukuman sewajarnya di bawah undang-undang berkaitan,” katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.