Pegawai Hamas cedera, kereta BMW musnah dalam insiden letupan bom
Ini dipercayai satu percubaan membunuh Mohamed Hamdan, yang juga dikenali sebagai Abu Hamza, menurut sumber dan al-Manar.
Kereta BMW yang musnah dalam serangan bom di Lubnan. (Gambar: Mahmoud ZAYYAT / AFP)
BEIRUT: Satu letupan bom menyebabkan seorang pegawai Hamas, cedera dan keretanya musnah di bandar Sidon, Lubnan hari ini (14 Jan). Ledakan berlaku sedang pegawai tersebut mahu memasuki kereta berkenaan.
Demikian menurut sumber keselamatan dan al-Manar, stesen televisyen Hezbollah.
Ini dipercayai satu percubaan membunuh Mohamed Hamdan, yang juga dikenali sebagai Abu Hamza, menurut sumber dan al-Manar.
Mohamed Hamdan mengalami "cedera ringan", Ayman Shanaa, seorang pegawai Hamas di Sidon di memberitahu stesen televisyen Palestin, Paltoday.
Al-Manar turut melaporkan bahawa Mohamed Hamdan adalah orang penting dalam Hezbollah dan mempunyai peranan dalam bidang keselamatan. Televisyen tersebut juga menyebut bahawa dia sedang diekori oleh pihak Israel.
Letupan itu memusnahkan kereta BMW Mohamed Hamdan dan kepulan asap boleh dilihat di udara Sidon, 40 kilometer di selatan Beirut, menurut rakaman yang dipaparkan oleh stesen televisyen Lubnan.
Menurut para saksi, Mohamed Hamdan kelihatan cedera pada bahagian kaki dan dikejarkan ke hospital untuk dirawat.
Sidon adalah tempat di mana terletaknya dua daripada 12 kem pelarian Palestin di Lubnan. Serangan itu berlaku di kawasan perumahan di utara Sidon.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.