Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pegawai G7 bakal adakan mesyuarat pertama berhubung peraturan AI

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Para pegawai negara Kumpulan Tujuh (G7) akan mengadakan pertemuan minggu depan untuk menimbangkan masalah yang ditimbulkan alat kecerdasan buatan (AI) seperti ChatGPT, menurut Jepun pada Jumaat (26 Mei).

Pemimpin G7 termasuk Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun, bersetuju pada minggu lalu untuk mengadakan forum antara pemerintah yang dipanggil "proses AI Hiroshima".

Ia bertujuan membahaskan isu-isu ditimbulkan alat AI yang semakin berkembang.

Para pegawai pemerintah G7 akan mengadakan mesyuarat pertama peringkat kerja pada 30 Mei.

Mereka akan menimbangkan isu-isu seperti perlindungan hak intelektual, maklumat palsu dan bagaimana teknologi harus ditadbir urus, kata Menteri Perhubungan Jepun, Takeaki Matsumoto.

Mesyuarat itu diadakan berikutan pengawal selia teknologi di merata dunia menganggarkan kesan khidmat AI popular seperti ChatGPT yang dihasilkan OpenAI, dengan disokong Microsoft.

EU semakin hampir menggubal undang-undang pertama dunia ke atas AI, sekali gus memberi inspirasi kepada pemerintah lain untuk menimbangkan peraturan yang patut dikenakan pada alat-alat AI.

Jepun yang menjadi pengerusi sidang puncak G7 tahun ini, "akan menerajui perbincangan berhubung penggunaan responsif teknologi generatif AI," kata Encik Matsumoto.

Beliau menambah bahawa forum itu diharapkan dapat mengemukakan beberapa cadangan kepada pemimpin dunia menjelang akhir tahun ini.

Pada sidang puncak G7 di Hiroshima minggu lalu, para pemimpin juga menyeru agar piawaian teknikal antarabangsa dibangunkan dan dilaksanakan demi memastikan AI terus "dipercayai" dan "selaras dengan nilai demokratik yang dikongsi bersama".

Menurut Encik Matsumoto dalam satu sidang media, kumpulan kerja AI G7 tersebut akan meminta cadangan daripada Pertubuhan bagi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi(OECD).
 
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan