Pedalaman Australia dicengkam banjir teruk, usaha menyelamat giat dijalankan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AP
SYDNEY: Kakitangan kecemasan di wilayah New South Wales, memindahkan penduduk dan haiwan ternakan serta meletakkan beg pasir pada Sabtu (5 Nov), menjelang banjir teruk, dengan sebatang sungai diramalkan mencecah paras air tertinggi dalam tempoh 70 tahun.
Timur Australia kini dicengkam krisis banjir besar keempat tahun ini disebabkan fenomena cuaca La Nina yang biasanya dikaitkan dengan peningkatan hujan.
Banjir menyebabkan ribuan penduduk kehilangan tempat tinggal dan merosakkan industri pertanian.
Pihak berkuasa mengumumkan bantuan bencana sekurang-kurangnya A$2 bilion (S$1.8 billion) bagi membantu ribuan penduduk membaiki rumah dan dalam beberapa kes, berpindah dari kawasan yang terdedah banjir.
Di seluruh negeri New South Wales (NSW), sebanyak 103 amaran banjir dikeluarkan pada Sabtu (5 Nov).
Di Forbes, kira-kira lima jam dari Sydney, beberapa perniagaan dibanjiri air dari Sungai Lachlan yang semakin meningkat dan diramalkan memuncak pada ketinggian 10.8 meter hari ini.
Menurut Perkhidmatan Kecemasan Negeri NSW (SES), pasukan penyelamat menggunakan kenderaan tinggi untuk menyelamatkan seorang wanita hamil yang pecah air ketuban dan memerlukan rawatan perubatan segera.
"Kami sudah melakukan beberapa usaha menyelamat ... buat masa ini saya berada di timur Forbes untuk membantu memindahkan beberapa kuda.
"Kami meletakkan beg pasir, menambah bekalan penting, memindah dan menyelamat," kata Ryan Jones dari unit SES Forbes.
"Hujan tidak berhenti sepanjang hari," tambahnya.
Menteri Pemulihan Banjir NSW, Steph Cooke memberi amaran walaupun hujan mulai reda, bandar di hilir sungai kini berdepan risiko banjir.
Wilayah selatan Australia, Victoria, juga sedang bersiap sedia menghadapi banjir di Sungai Murray yang menghampiri Swan Hill di barat laut negeri itu dalam beberapa hari akan datang.
Keempat-empat wilayah timur Australia, Queensland, New South Wales, Victoria dan Tasmania dilanda banjir tahun ini.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.