Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pecat keahlian ibarat 'gali kubur' terus, kata bekas anggota UMNO Annuar Musa

Anggaran Waktu Membaca:
KOTA BHARU: Bekas Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Annuar Musa menyifatkan tindakan pemecatan keahliannya pada Khamis (8 Dis) sebagai 'menggali kubur'nya dalam parti itu.

“Ingatkan sembelih sahaja apabila tak dicalonkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Malaysia.

“Tahu-tahu gali kubur, tak ada bagitahu apa-apa.
Paling kurang tahanlah, biar saya tahu dulu. Ini tidak, kambus mati terus,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perjumpaan Khas Ketua-ketua Cawangan UMNO Parlimen Ketereh bersama Encik Annuar di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Ketereh di Padang Kala Peringat di Kota Bharu pada Sabtu (10 Dis), lapor Sinar Harian.

Encik Annuar berkata, cara pemecatan beliau juga dianggap pecah rekod kerana tanpa dipanggil dan tidak melalui Lembaga Tatatertib UMNO, bahkan sehingga petang Sabtu, pemimpin itu belum menerima sebarang pemakluman rasmi berhubung pemecatan yang dibuat melalui Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Kuala Lumpur tersebut.

“Mulanya saya hairan apabila dibuang dari kumpulan WhatApps Ketua-ketua UMNO Bahagian ketika nak muat naik gambar membantu jentera UMNO PRU15 di Padang Serai.

“Saya hanya mengetahui perkara ini melalui berita di media sosial sahaja,” katanya.

Sebelum itu, beliau memaklumkan perjumpaan dengan ketua-ketua bahagian UMNO itu diadakan sebagai menghargai usaha mereka ketika PRU15 Malaysia lalu dan Encik Annuar sekali lagi berpesan agar semua pemimpin akar umbi tersebut supaya tidak meninggalkan parti.

Beliau yang menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Ketereh selama 35 tahun antara tiga pemimpin yang dipecat keahlian, lapor Sinar Harian.
Encik Annuar sebelum ini dilihat lantang mengkritik kepimpinan Presiden UMNO, Dr Ahmad Zahid Hamidi khususnya berkaitan usaha jajaran baru di antara Barisan Nasional (BN) serta Pakatan Harapan (PH).

Dua lagi ahli UMNO yang dilucutkan keahlian adalah Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Shamsiah Yasin yang juga isteri bekas Ketua UMNO bahagian itu, Shahidan Kasim, serta Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Fatimah Kassim yang juga isteri penyandang kerusi Parlimen Maran, Ismail Abd Muttalib.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan