Skip to main content

Dunia

PDRM tumpas gerakan militan di Malaysia; berkas 36 warga Bangladesh

Anggaran Waktu Membaca:
PDRM tumpas gerakan militan di Malaysia; berkas 36 warga Bangladesh

Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 27 Jun 2025 05:44PM Dikemas Kini : 27 Jun 2025 05:46PM
PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 36 warga Bangladesh yang terlibat dalam gerakan militan berasaskan ideologi ISIS dalam beberapa serbuan di Selangor dan Johor.

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata hasil risikan Cawangan Khas PDRM mendapati kumpulan tersebut menyebarkan fahaman pelampau dalam masyarakat mereka di Malaysia.

"Mereka juga dikesan menubuhkan sel pengrekrutan, mengumpul dana dan merancang untuk menggulingkan pemerintah sah di negara asal.

"Malaysia tidak akan dijadikan pangkalan operasi militan atau pusat transit kepada mana-mana gerakan ekstremis. Sebarang percubaan ke arah itu akan ditangani," katanya dalam satu kenyataan hari ini (27 Jun), seperti dipetik Astro Awani.

Beliau berkata, operasi dilaksanakan secara berfasa bermula 24 April di Selangor dan Johor.

Katanya lagi, lima individu telah didakwa di Mahkamah Seksyen Shah Alam dan Johor Bahru di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan.

"Seramai 15 lagi dikenakan perintah pengusiran, manakala 16 individu sedang disiasat lanjut," katanya, menurut Astro Awani.

Beliau berkata, kerajaan tidak akan berkompromi terhadap sebarang gerakan ekstremis asing yang cuba menjadikan Malaysia sebagai pangkalan rekrut, transit atau perlindungan.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan terus memperkukuh keupayaan risikan, menggandakan penguatkuasaan dan bekerjasama dengan agensi keselamatan dalam dan luar negara,” katanya lagi.
Sumber : Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita