PDRM sangkal dakwaan jadi dalang seludup mercun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Astro Awani)
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan agensi penguatkuasa itu menjadi dalang kegiatan penyeludupan mercun seperti digambarkan oleh sebuah laporan akhbar tempatan bertajuk 'Polis Jadi Dalang Seludup Mercun'.
Menurut Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, kes yang dilaporkan sudah diambil tindakan.
Suspek yang merupakan seorang anggota polis ditahan kerana terlibat aktiviti pengedaran mercun, lapor Astro Awani.

"Kedua-dua suspek ditahan dan direman selama empat hari bermula 5 hingga 8 April bagi membantu siasatan sebelum kertas siasatan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya."
"Selain siasatan jenayah, PDRM juga akan mengambil tindakan dalaman ke atas suspek polis berkenaan yang didapati menyalahgunakan kenderaan pasukan di luar waktu bertugas bagi menjalankan aktiviti menyalahi undang-undang," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat (7 Apr), seperti dipetik laporan Astro Awani.
Encik Acryl Sani menambah bahawa PDRM tidak pernah berkompromi dengan mana-mana warga polis yang terlibat dengan kegiatan jenayah dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya menerima bukti sebarang perlakuan demikian.
"PDRM juga mengalu-alukan masyarakat untuk menyalurkan maklumat sahih bagi membolehkan tindakan diambil dalam membanteras sebarang salah laku atau aktiviti menyalahi undang-undang," ujarnya.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.