Skip to main content

Dunia

PBB zahirkan kebimbangan terhadap serangan Israel di Tebing Barat

Anggaran Waktu Membaca:
PBB zahirkan kebimbangan terhadap serangan Israel di Tebing Barat

Petempatan Israel, Psagot, menunjukkan sebahagian pemandangan bandar Tebing Barat Palestin, Ramallah. (Gambar: Emmanuel DUNAND/AFP)

Diterbitkan : 23 Feb 2025 10:19AM Dikemas Kini : 23 Feb 2025 10:20AM
RAMALLAH: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menzahirkan kebimbangan mendalam terhadap tindakan Israel melancarkan serangan berterusan ke atas bandar-bandar di Tebing Barat, khususnya di bahagian utara, untuk bulan kedua berturut-turut.

Dalam satu sidang media, jurucakap rasmi Setiausaha Agung PBB Stephane Dujarric berkata Pejabat Kementerian PBB (OCHA) sedang memantau keadaan di Tebing Barat.

Encik Dujarric menambah Israel sedang melaksanakan serangan untuk tempoh paling lama sejak awal tahun 2000an.

"Serangan oleh warga Israel yang merampas tanah Palestin masih berterusan," katanya.

Beliau turut mendedahkan purata 'lima serangan ganas' dilancarkan oleh warga Israel terhadap penduduk Palestin di Tebing Barat setiap hari sepanjang minggu lalu.

Menurut Encik Dujarric, mereka 'menimpakan kerosakan ke atas harta benda warga Palestin, termasuk memotong saluran paip air pertanian sekali gus menjejaskan mata pencarian berpuluh-puluh petani Palestin.'
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita