PBB tubuh lembaga penasihat peringkat tinggi; Tharman Shanmugaratnam antara anggotanya
GENEVA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan sebuah lembaga penasihat peringkat tinggi mengenai usaha berbilang hala yang berkesan.
Lembaga yang terdiri daripada 12 anggota itu termasuk Menteri Kanan Singapura, Tharman Shanmugaratnam.
Ia juga melibatkan para anggota dari China, India dan Amerika Syarikat.
Lembaga itu akan membuat saranan tentang bagaimana negara-negara boleh bekerjasama dengan lebih berkesan mengenai isu-isu sejagat utama.
Ini termasuk perubahan iklim, pembangunan mampan, keamanan dan ruang digital.
Ia dijangka memberi tumpuan kepada golongan wanita dan kanak-kanak perempuan, serta kepentingan anak-anak muda dan generasi akan datang.
Saranan-saranan tersebut akan dipertimbangkan pada tahun depan di Sidang Puncak Masa Depan PBB.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.