PBB suarakan 'kelegaan teramat sangat" gencatan senjata di Gaza
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ANGELA WEISS)
GENEVA: Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk, pada Rabu (15 Jan) mengalu-alukan pengumuman mengenai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas, dengan menyatakan ia membawa harapan "kelegaan selepas begitu banyak kesakitan dan penderitaan yang tidak tertanggung."
"Saya teramat sangat lega dengan berita mengenai fasa pertama gencatan senjata di Gaza, dan adalah penting agar ia dapat bertahan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menggesa pihak yang terbabit dalam konflik itu serta semua negara yang mempunyai pengaruh untuk melakukan segala yang mampu bagi memastikan kejayaan fasa seterusnya gencatan senjata, termasuk pembebasan semua tebusan dan menamatkan peperangan sepenuhnya.
Encik Turk berkata ingatan beliau adalah bersama mereka yang telah "mengalami penderitaan yang tidak tertanggung sepanjang 15 bulan lalu dan beliau berharap demi kebaikan semua pihak, tiada sesiapa pun akan melaluinya lagi".
"Keutamaan adalah makanan, air, ubat-ubatan dan perlindungan. Kita tidak boleh membuang masa untuk melakukannya," katanya.
Beliau menegaskan keperluan untuk menekankan akauntabiliti dan keadilan bagi pelanggaran yang dilakukan dalam konflik berkenaan.
"Mereka yang bertanggungjawab atas tindakan kejam pada 7 Oktober, pembunuhan terhadap orang awam di Gaza, dan semua jenayah lain di bawah undang-undang antarabangsa harus dikenakan tindakan," katanya.
"Hak mangsa untuk mendapatkan pampasan sepenuhnya mesti ditegakkan,"tambah beliau lagi.
Encik Turk berkata hak asasi manusia perlu menjadi fokus utama apabila usaha pembinaan semula dapat dilaksanakan di Gaza, dan beliau menggesa masyarakat antarabangsa supaya mengambil langkah konkrit dalam membantu mencapai keamanan yang berkekalan antara Palestin dan Israel.
"Kehadiran Israel yang terus kekal secara haram di wilayah Palestin yang diduduki mesti dihentikan... dan penyelesaian dua negara yang dipersetujui secara antarabangsa mesti menjadi kenyataan," tegasnya.

Sumber : AFP/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.