PBB suara kebimbangan atas kematian kanak-kanak di Sudan sedang krisis kesihatan memburuk
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP)
GENEVA: Lebih 1,200 kanak-kanak maut akibat penyakit campak dan kekurangan zat makanan di kem-kem pelarian Sudan.
Beribu yang lain, termasuk bayi baru lahir, berisiko meninggal dunia sebelum hujung tahun, lapor agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (19 Sep).
Hampir enam bulan selepas tercetusnya konflik antara tentera Sudan dengan kumpulan separa tentera, Rapid Support Forces, sektor jagaan kesihatan negara itu berada di ambang keruntuhan akibat serangan daripada pihak yang sedang berperang.
Ia juga mengalami kekurangan kakitangan dan perubatan.
Dr. Allen Maina, ketua kesihatan awam di agensi pelarian PBB (UNHCR), memberitahu taklimat PBB di Geneva bahawa lebih 1,200 kanak-kanak di bawah usia lima sudah meninggal dunia di Sudan sejak Mei.
"Malangnya, angka tersebut akan terus meningkat," tambahnya.
Agensi kanak-kanak PBB (UNICEF) menyatakan ia bimbang bahawa "ribuan bayi baru lahir" adalah di antara 333,000 bayi yang dijangka akan dilahirkan sebelum hujung tahun ini akan meninggal dunia.
"Bayi-bayi tersebut serta ibu mereka memerlukan penjagaan bersalin daripada orang-orang yang pakar. Sekalipun demikian, di dalam negara di mana berjuta orang terperangkap di dalam kawasan perang atau kehilangan tempat tinggal, dan di mana terdapat kekurangan bekalan perubatan, penjagaan sedemikian makin berkurangan," kata jurucakap UNICEF James Elder dalam taklimat yang sama.
Setiap bulan, kira-kira 55,000 kanak-kanak memerlukan rawatan untuk satu bentuk kekurangan zat yang paling buruk di Sudan.
Sungguhpun demikian, kurang 50 pusat pemakanan di ibu kota Khartoum dan satu daripada 10 di Darfur Barat masih berfungsi, tambah Encik James.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.