Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB, AS sedia hulurkan bantuan tambahan selepas Turki dilanda gempa sekali lagi

Anggaran Waktu Membaca:
PBB, AS sedia hulurkan bantuan tambahan selepas Turki dilanda gempa sekali lagi

Pasukan penyelamat mencari mangsa di sebuah bangunan yang runtuh selepas gempa bumi 6.4 Richter melanda wilayah Hatay di selatan Turki pada 20 Februari 2023, dua minggu selepas gempa 7.8 Richter melanda kawasan yang sama. (Gambar: Sameer Al-Doumy/AFP)

WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Isnin (20 Feb) berkata badan dunia itu bersedia memberikan bantuan tambahan selepas dua lagi gempa bumi menggegarkan Hatay di wilayah selatan Turki.

“Ingatan kami terus bersama rakyat Turki dan Syria ketika mereka menghadapi kesan gempa bumi baru yang melanda wilayah itu petang ini.

"Pasukan PBB di padang sedang menilai keadaan dan kami bersedia untuk memberikan bantuan tambahan seperti yang diperlukan," Agensi Anadolu memetik kata-kata Encik Guterres di Twitter. 

Sementara itu, Amerika Syarikat (AS) sangat prihatin dan berjanji akan terus memberikan bantuan yang diperlukan. 

“Kami amat prihatin dengan berita gempa bumi yang memberi kesan kepada kawasan yang sudah musnah di Turki dan Syria,” ciap Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan di Twitter.

Pada Isnin, dua gempa bumi menggegarkan wilayah Hatay, hanya dua minggu selepas gempa kuat melanda wilayah itu.

Gempa pertama 6.4 Richter berlaku kira-kira pukul 8.04 malam waktu tempatan di daerah Defne. Tiga minit selepas itu, gegaran dengan kekuatan 5.8 pada skala Richter melanda dengan pusat gempa di daerah Samandag.

Pada 6 Februari lalu, gempa bumi kuat masing-masing 7.7 dan 7.6 Richter yang berpusat di Kahramanmaras melanda 10 wilayah – Hatay, Gaziantep, Malatya, Sanliurfa, Adana, Adiyaman, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye dan Elazig – mengorbankan sekurang-kurangnya 41,000 orang.

Sumber : Agensi berita/Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan