Skip to main content

Dunia

PBB sasar kumpul dana AS$33 bilion bagi usaha kemanusiaan 2026

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kongsinya sedang berusaha mendapatkan dana AS$33 bilion (S$42.8 bilion) bagi menyediakan sokongan menyelamatkan nyawa pada tahun depan kepada 87 juta orang di seluruh dunia yang terjejas akibat perang, bencana iklim, gempa bumi, wabak dan kegagalan tanaman, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).
Anggaran Waktu Membaca:
PBB sasar kumpul dana AS$33 bilion bagi usaha kemanusiaan 2026
Ketua Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Tom Fletcher. (Gambar fail: REUTERS)
Diterbitkan : 09 Dec 2025 07:39AM
  • Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kongsinya sedang berusaha mendapatkan dana AS$33 bilion (S$42.8 bilion) bagi menyediakan sokongan menyelamatkan nyawa pada tahun depan kepada 87 juta orang di seluruh dunia yang terjejas akibat perang, bencana iklim, gempa bumi, wabak dan kegagalan tanaman.
  • Ini merupakan keutamaan segera dalam Global Humanitarian Overview (GHO) 2026 berjumlah AS$33 bilion (S$42.8 bilion) yang dilancarkan pada Isnin, yang menyasarkan untuk membantu keseluruhan 135 juta orang di 50 negara.
  • GHO yang dikemas kini itu dikeluarkan selepas setahun yang dicirikan oleh pemotongan drastik terhadap operasi kemanusiaan dan jumlah serangan maut terhadap petugas bantuan yang tertinggi dalam rekod.
  • Encik Fletcher mengingatkan bahawa rayuan 2025 hanya menerima AS$12 bilion (S$15.5 bilion) - pembiayaan terendah dalam tempoh sedekad.
Dijana oleh AI
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan rakan kongsinya sedang berusaha mendapatkan dana AS$33 bilion (S$42.8 bilion) bagi menyediakan sokongan menyelamatkan nyawa pada tahun depan kepada 87 juta orang di seluruh dunia yang terjejas akibat perang, bencana iklim, gempa bumi, wabak dan kegagalan tanaman, lapor Agensi Berita Emirates (WAM).

Ini merupakan keutamaan segera dalam Global Humanitarian Overview (GHO) 2026 berjumlah AS$33 bilion (S$42.8 bilion) yang dilancarkan pada Isnin, yang menyasarkan untuk membantu keseluruhan 135 juta orang di 50 negara.

"Rayuan ini menjelaskan keutamaan tempat kita perlu menumpukan tenaga kolektif terlebih dahulu: nyawa demi nyawa," kata Ketua Kemanusiaan PBB, Tom Fletcher.

GHO yang dikemas kini itu dikeluarkan selepas setahun yang dicirikan oleh pemotongan drastik terhadap operasi kemanusiaan dan jumlah serangan maut terhadap petugas bantuan yang tertinggi dalam rekod.

Ia merangkumi 29 pelan terperinci, dan yang terbesar adalah bagi Wilayah Palestin yang Diduduki, dengan AS$4.1 bilion (S$5.3 bilion) diperlukan untuk membantu kira-kira tiga juta orang.

Encik Fletcher mengingatkan bahawa rayuan 2025 hanya menerima AS$12 bilion (S$15.5 bilion) - pembiayaan terendah dalam tempoh sedekad.

Akibatnya, petugas kemanusiaan hanya dapat membantu 25 juta orang lebih sedikit berbanding tahun sebelumnya.
Sumber : Bernama/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita