Skip to main content

Dunia

PBB sambut baik tindakan Iran buka semula Selat Hormuz

Anggaran Waktu Membaca:
PBB sambut baik tindakan Iran buka semula Selat Hormuz

Setiausaha Agung Antonio Guterres. (Gambar fail: Reuters)

Diterbitkan : 18 Apr 2026 11:48AM Dikemas Kini : 18 Apr 2026 12:08PM
WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Jumaat (17 Apr) menyambut baik pengumuman Iran bahawa Selat Hormuz akan "dibuka sepenuhnya" kepada semua kapal komersial sepanjang tempoh baki gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi.

"Ini adalah satu langkah yang tepat,” kata ketua PBB itu dalam kenyataan.

"Pendirian PBB tetap jelas, kita memerlukan pemulihan penuh hak dan kebebasan pelayaran antarabangsa di Selat Hormuz dihormati oleh semua orang," kata Encik Guterres.

Encik Guterres juga meluahkan harapan supaya keputusan itu digabungkan dengan gencatan senjata, yang akan membantu membina keyakinan antara pihak-pihak terlibat dan mengukuhkan usaha diplomatik berterusan yang dipermudah cara oleh Pakistan.

Jurucakap beliau, Stephane Dujarric, memberitahu pemberita bahawa Encik Guterres tetap "menyokong sepenuhnya" usaha diplomatik untuk mencari penyelesaian damai konflik semasa di Timur Tengah.

Kenyataan Encik Guterres itu dibuat selepas Menteri Luar Iran Abbas Araghchi pada Jumaat mengisytiharkan Selat Hormuz "dibuka semula sepenuhnya" kepada semua kapal komersial, mengaitkannya dengan gencatan senjata di Lubnan.

Pada Khamis (16 Apr), Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengumumkan gencatan senjata selama 10 hari antara Israel dengan Lubnan.
Sumber : Reuters/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita