PBB puji peranan Bangladesh dalam misi pengaman, sokongan kepada Rohingya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Reuters)
NEW DELHI: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memuji peranan Bangladesh dalam misi pengaman antarabangsa serta sikap murah hati negara itu dalam menerima pelarian Rohingya yang melarikan diri daripada keganasan di Myanmar.
Bangladesh adalah antara penyumbang terbesar kepada usaha pengaman PBB, kata Encik Guterres semasa satu acara media di Dhaka pada Sabtu (15 Mac).
"Saya ingin memberi penghormatan kepada pengorbanan dan dedikasi pasukan pengaman Bangladesh, yang berkhidmat dalam persekitaran paling sukar dan berbahaya di dunia," katanya lagi.
Encik Guterres, yang tiba di negara itu pada Khamis (13 Mac) untuk lawatan selama empat hari melawat Cox's Bazar, kem pelarian terbesar yang menempatkan lebih sejuta orang Rohingya yang kehilangan tempat tinggal.
Ketua PBB itu dan Penasihat Luar pemerintah sementara Bangladesh, Mohammad Touhid Hossain menghadiri sidang media bersama di Dhaka pada Sabtu (15 Mac).
Beliau memuji "kemurahan hati luar biasa" Bangladesh dalam menangani krisis Rohingya.
"Selama bertahun-tahun, rakyat negara ini, terutamanya masyarakat di Cox's Bazar, telah menyediakan perlindungan kepada lebih sejuta pelarian yang melarikan diri daripada keganasan dan penganiayaan. Dengan memberikan perlindungan kepada pelarian Rohingya, Bangladesh telah menunjukkan solidariti dan nilai kemanusiaan, selalunya dengan kos sosial, alam sekitar dan ekonomi yang ketara," kata Encik Guterres.
Ketua PBB itu turut menyuarakan solidariti dengan Bangladesh, sedang negara itu melalui fasa peralihan politik di bawah Ketua Penasihat Pemerintah Sementara, Muhammad Yunus, menyusuli kejatuhan pemerintah pimpinan Sheikh Hasina pada Ogos tahun lalu menyusuli bantahan-bantahan yang diterajui oleh para pelajar selama beberapa minggu.
"Ini adalah detik penting bagi Bangladesh dan masyarakat antarabangsa mesti memainkan peranan dalam menyokong usaha anda ke arah masa depan yang adil, inklusif dan makmur," kata Encik Guterres.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.