PBB pergiat usaha cari huraian bagi masalah pelarian sempena Hari Pelarian Sedunia
Anggaran Waktu Membaca:
Agensi Pelarian PBB mencatat 2,011,312 pelarian Ukraine sejak bermulanya pencerobohan Rusia. (Gambar: AFP/Sergei SUPINSKY)
PBB: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sudah memperbaharui seruan untuk menggiatkan usaha mencari huraian bagi masalah pelarian.
Sempena Hari Pelarian Sedunia hari ini (20 Jun) dianggarkan jumlah pelarian seantero dunia sudah mencapai 100 juta orang.
Jumlahnya jauh lebih tinggi berbanding 26.6 juta pelarian pada tahun lalu.
Selain pencerobohan ke atas Ukraine, konflik-konflik geopolitik di Afrika dan Asia kekal sebagai cabaran hebat bagi golongan yang hilang tempat tinggal.
Empat bulan menyusuli serangan Rusia ke atas Ukarine, Lilya, seorang ibu berusia 22 tahun, memutuskan untuk meninggalkan halaman rumahnya di bandar Bakhmut.
Kawasan-kawasan di timur dan selatan Ukraine menyaksikan persaingan sengit antara kedua-dua pasukan sejak kebelakangan ini.
Sedang masyarakat sejagat memperingati Hari Pelarian Sedunia, ramai penduduk Ukraine pula akan memperingati hari ini sebagai tanggal mereka kehilangan tempat tinggal.
Sejak bermulanya pencerobohan Ukraine pada 24 Februari lalu, PBB menganggarkan lebih sepertiga penduduk Ukraine terpaksa meninggalkan rumah mereka.
Tujuh juta penduduk melarat di dalam negeri sementara lima juta penduduk sudah melarikan diri dari tanah air mereka.
Menurut Gabenor Luhansk, Serhiy Gaidai, pertempuran sengit menghambat usaha memindahkan para penduduk dari Sievierodonetsk.
Mentelah lagi Rusia sudah menakluki bahagian tenggara bandar itu.

Sumber : Agensi berita/AI/ZM/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.