Skip to main content

Dunia

PBB kesal Amerika terus nafikan visa pegawai Palestin daripada hadir perhimpunan secara fizikal

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kesal dengan keputusan Amerika Syarikat untuk terus menafikan visa kepada pegawai Palestin, termasuk Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB kesal Amerika terus nafikan visa pegawai Palestin daripada hadir perhimpunan secara fizikal

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres kesal dengan keputusan Amerika Syarikat untuk terus menafikan visa kepada pegawai Palestin. (Gambar fail: AP)

Diterbitkan : 19 Sep 2026 11:42AM Dikemas Kini : 19 Sep 2026 01:54PM
  • Antonio Guterres kesal dengan keputusan Amerika Syarikat meneruskan penafian visa kepada pegawai Palestin, termasuk Presiden Mahmoud Abbas.
  • Langkah itu menghalang Abbas hadir secara fizikal ke Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung PBB tahun ini, untuk tahun kedua berturut-turut.
  • Guterres menggesa Amerika, sebagai negara tuan rumah PBB, mengeluarkan visa kepada semua delegasi selaras Perjanjian Ibu Pejabat PBB-Amerika 1947.
  • Perhimpunan Agung PBB pada Khamis meluluskan ketetapan membolehkan Abbas menyertai Perbahasan Umum secara maya selepas pengumuman Jabatan Negara Amerika.
Dijana oleh AI
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres kesal dengan keputusan Amerika Syarikat untuk terus menafikan visa kepada pegawai Palestin, termasuk Presiden Palestin Mahmoud Abbas.

Keputusan itu menghalang Encik Abbas daripada menghadiri Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung PBB tahun ini secara fizikal.

"Setiausaha Agung amat kesal dengan pengumuman Amerika Syarikat untuk melanjutkan sekatan yang akan menyebabkan anggota Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pegawai Penguasa Palestin dinafikan visa bagi menyertai mesyuarat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu," kata jurucakap Encik Guterres, Stephane Dujarric.

Encik Guterres menggesa Amerika, selaku negara tuan rumah PBB, memastikan visa dikeluarkan kepada semua delegasi selaras dengan tanggungjawabnya di bawah Perjanjian Ibu Pejabat PBB-Amerika 1947.

Menurut Encik Dujarric, Encik Guterres akan terus berhubung dengan pihak berkuasa Amerika berhubung perkara tersebut.

ABBAS SERTAI SECARA MAYA

Perhimpunan Agung PBB pada Khamis menerima pakai satu ketetapan yang membolehkan Encik Abbas menyertai Perbahasan Umum tahun ini secara maya.

Keputusan itu dibuat sehari selepas Jabatan Negara Amerika mengumumkan bahawa visa akan terus dinafikan kepada pegawai Palestin, termasuk Encik Abbas.

Ini sekali gus menghalang Presiden Palestin itu daripada menghadiri Minggu Peringkat Tinggi Perhimpunan Agung PBB secara fizikal bagi tahun kedua berturut-turut.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita