Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB gesa tindakan baru terhadap junta Myanmar bagi hentikan penindasan

Anggaran Waktu Membaca:
PBB gesa tindakan baru terhadap junta Myanmar bagi hentikan penindasan

Penunjuk perasaan dilihat di Hledan, Yangon di Myanmar pada 17 Feb 2021.

GENEVA: Pegawai kanan hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Tom Andrews mahu masyarakat antarabangsa melakukan lebih banyak usaha untuk menghentikan apa yang disebutnya sebagai penderaan yang dilakukan pihak tentera.

Encik Andrews juga menggesa dilaksanakan sekatan senjata secara menyeluruh terhadap Myanmar. 

"Saya sangat menyarankan agar kita mempertimbangkan tindakan baru yang lebih tegas sebelum terlambat. Pihak tentera melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang terhadap rakyat Myanmar.

"Junta tentera Myanmar beroperasi sebagai satu perusahaan jenayah, merampas aset dan mencuri pendapatan yang secara sahnya dimiliki rakyat Myanmar.

"Tentera kemudian menggunakan sumber-sumber itu untuk membeli sesuatu bagi menyerang rakyat Myanmar secara sistematik," kata Encik Andrews. 

Sempena genap setahun tentera Myanmar merampas kuasa pada Selasa (1 Feb), para penduduk negara itu mengadakan bantahan senyap menentang tentera.

Ramai penduduk tidak keluar rumah dan perniagaan ditutup dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Di satu rapat yang diadakan para penyokong tentera pula, sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan 38 yang lain cedera dalam serangan bom tangan.

PBB menyatakan tentera Myanmar membunuh sekurang-kurangnya 1,500 orang dan menahan kira-kira 11,000 orang sepanjang setahun berkuasa.

Bagaimanapun pihak junta membidas dakwaan tersebut serta menuduh badan dunia PBB, berat sebelah dan mencampuri ehwal Myanmar. 

Sumber : Agensi berita/RU/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan