Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB gesa masyarakat sejagat hulur bantuan kepada warga Rohingya yang terkandas di laut

Anggaran Waktu Membaca:
PBB gesa masyarakat sejagat hulur bantuan kepada warga Rohingya yang terkandas di laut

(Gambar: Chaideer MAHYUDDIN / AFP)

PIDIE: Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa (27 Dis) menggesa negara-negara dunia untuk membantu warga Rohingya Muslim yang masih terkandas di laut.

Rayuan itu dibuat selepas sebuah lagi bot yang membawa pencari suaka mendarat di wilayah Aceh, Indonesia pada Isnin (26 Dis), lapor Reuters.

Mangsa-mangsa yang terselamat berkata sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam perjalanan jauh dari Bangladesh.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, ramai daripada 174 warga Rohingya Muslim di atas kapal itu memerlukan rawatan perubatan segera.

Kebanyakan daripada mereka mengalami dehidrasi dan keletihan selepas menghabiskan masa berminggu-minggu di laut.
Seorang pegawai dari Pertubuhan Bukan Pemerintah (NGO) Arakan Project yang berpangkalan di Asia berkata, kapal itu adalah kapal yang sama yang sebelum ini dikhuatiri tenggelam.

Dianggarkan 700 ribu Rohingya Muslim melarikan diri ke Bangladesh pada 2017, untuk mengelakkan penganiayaan tentera di Myanmar.

Bangladesh menempatkan pelarian di beberapa kem yang dilaporkan sesak.

Demi mencari kehidupan yang lebih baik di tempat lain, ada yang kemudiannya cuba pergi ke negara majoriti Muslim seperti Indonesia dan Malaysia.
Sumber : Agensi berita/NY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan