Skip to main content

Dunia

PBB gesa masa depan dipandu undang-undang, bukan kuasa

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Jumaat (17 Apr) menyeru masyarakat antarabangsa supaya memilih masa depan yang dikawal oleh kedaulatan undang-undang berbanding masa depan yang didorong oleh kuasa semata-mata, lapor Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
PBB gesa masa depan dipandu undang-undang, bukan kuasa

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres. (Gambar fail: REUTERS)

Diterbitkan : 18 Apr 2026 06:50PM
THE HAGUE: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) António Guterres pada Jumaat (17 Apr) menyeru masyarakat antarabangsa supaya memilih masa depan yang dikawal oleh kedaulatan undang-undang berbanding masa depan yang didorong oleh kuasa semata-mata, lapor Xinhua.

Sempena ulang tahun ke-80 Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), Encik Guterres berkata "pelanggaran undang-undang antarabangsa sedang berlaku di hadapan mata kita."

“Ia kerana sistem antarabangsa berada di bawah tekanan sehingga pematuhan pada undang-undang antarabangsa lebih penting berbanding sebelum ini, terutamanya dalam era dinamik kuasa peralihan ini,” kata beliau di The Hague, Belanda.

Encik Guterres memberi amaran bahawa undang-undang antarabangsa yang melemah, berisiko menghakis asas kestabilan global.

"Apabila undang-undang kekerasan menggantikan kuasa undang-undang, ketidakstabilan menular," kata beliau, memberi amaran.

Iwasawa Yuji, presiden ICJ, turut senada, menunjukkan kepada tanda-tanda membimbangkan untuk melepaskan diri daripada kewajipan antarabangsa, penentangan yang semakin meningkat terhadap pematuhan dan peningkatan keraguan terhadap usaha pelbagai hala.

"Mahkamah menyahut cabaran-cabaran ini dengan menjalankan fungsi kehakimannya, dengan mentafsir dan menggunakan undang-undang antarabangsa dengan teliti dan dengan suci hati," kata beliau.

ICJ, tribunal tertinggi PBB, adalah satu-satunya mahkamah antarabangsa yang menyelesaikan pertikaian antara 193 negara anggotanya, membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan global dengan menawarkan cara untuk negara-negara menyelesaikan isu tanpa konflik.

Ditubuhkan pada 1945 dan berpusat di Istana Keamanan di The Hague, ICJ mengadakan sidang khas pada Jumaat bagi memperingati ulang tahun ke-80 sesi sulungnya.

Acara itu dihadiri Raja Belanda Willem-Alexander, bersama pegawai kanan antarabangsa dan Belanda.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita