PBB gesa Lubnan, Israel tahan diri ekoran pertempuran di sempadan
Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNIFIL menggesa Lubnan dan Israel "menahan diri secara maksimum" selepas pertempuran di kawasan sempadan pada Isnin (27 Jul), sambil menambah bahawa kejadian tembak-menembak itu sudah berhenti.

(Gambar: AFP)
BEIRUT: Pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNIFIL menggesa Lubnan dan Israel "menahan diri secara maksimum" selepas pertempuran di kawasan sempadan pada Isnin (27 Jul), sambil menambah bahawa kejadian tembak-menembak itu sudah berhenti.
Seorang wartawan AFP melaporkan serangan pengeboman Israel di atas bukit Kfarchouba di kawasan Ladang Shebaa berhampiran kedudukan tempur Israel, Roueysaat al-Alam, dan kepulan asap dari kawasan tersebut.
Lubnan dan Israel dianggap masih berperang dan UNIFIL lazimnya melakukan rondaan di sempadan antara kedua-duanya.
"Mejar Jeneral Stefano Del Col sudah berhubung dengan kedua-dua pihak untuk menilai keadaan dan mengurangkan ketegangan, sementara menggesa mereka 'menahan diri secara maksimum'.
"Kejadian tembak-menembak sudah berhenti sekarang," menurut jurucakap UNIFIL, Andrea Tenenti.
Gerakan Syiah, Hezbollah yang memiliki kehadiran kuat di kawasan itu, belum mengeluarkan sebarang kenyataan menyusuli kejadian berkenaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.