Skip to main content

Dunia

PBB gesa Israel hentikan larangan media antarabangsa di Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
PBB gesa Israel hentikan larangan media antarabangsa di Gaza

Philippe Lazzarini berkata larangan terhadap media antarabangsa berlarutan lebih 650 hari ketika "kekejaman terhadap orang awam" terus berlaku. (Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 19 Jul 2025 09:54AM Dikemas Kini : 19 Jul 2025 09:55AM
  • Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin pada Jumaat (18 Jul) menggesa Israel supaya segera menamatkan larangan terhadap kemasukan media antarabangsa ke Carikan Gaza.
  • Ia memberi amaran bahawa sekatan maklumat itu menggalak penyebaran maklumat palsu dan menjejas kepercayaan terhadap laporan saksi dan agensi kemanusiaan.
  • Philippe Lazzarini berkata menerusi platform X bahawa larangan terhadap media antarabangsa berlarutan lebih 650 hari ketika "kekejaman terhadap orang awam" terus berlaku.
  • Beliau turut menegaskan bahawa lebih 200 wartawan Palestin terbunuh sepanjang konflik yang berterusan itu.
Dijana oleh AI
ISTANBUL: Ketua agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi pelarian Palestin pada Jumaat (18 Jul) menggesa Israel supaya segera menamatkan larangan terhadap kemasukan media antarabangsa ke Carikan Gaza.

Ia memberi amaran bahawa sekatan maklumat itu menggalak penyebaran maklumat palsu dan menjejas kepercayaan terhadap laporan saksi dan agensi kemanusiaan.

Menurut Anadolu Ajansi (AA), Philippe Lazzarini berkata menerusi platform X bahawa larangan terhadap media antarabangsa berlarutan lebih 650 hari ketika "kekejaman terhadap orang awam" terus berlaku.

“Larangan kemasukan media antarabangsa mesti ditamatkan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa lebih 200 wartawan Palestin terbunuh sepanjang konflik yang berterusan itu.

“Larangan media menggalak kempen maklumat palsu yang mempertikai data serta laporan secara langsung daripada saksi dan pertubuhan kemanusiaan antarabangsa,” katanya.
Sumber : AP/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita