PBB gesa Israel batalkan larangan terhadap agensi bantuan kemanusiaan antarabangsa
Anggaran Waktu Membaca:
Lori bantuan kemanusiaan menunggu giliran untuk melintas masuk ke Carikan Gaza pada 15 Oktober 2025. (Gambar: AFP)
GENEVA: Pelbagai agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa secara bersama mengeluarkan kenyataan pada Rabu (31 Dis) bagi menggesa Israel supaya membatalkan larangan operasi terhadap pertubuhan-pertubuhan bantuan antarabangsa di Carikan Gaza dan Tebing Barat, lapor Xinhua.
Menurut kenyataan itu pertubuhan-pertubuhan bantuan antarabangsa memainkan peranan penting dalam operasi kemanusiaan di Carikan Gaza dan Tebing Barat, dengan menyalurkan bantuan berjumlah hampir AS$1 bilion setiap tahun.
Menurut kenyataan itu lagi, ketika musim sejuk memburukkan lagi penderitaan keluarga di Gaza, tahap jaminan makanan yang meruncing secara berterusan dan keperluan untuk bantuan menyelamat nyawa kekal kritikal.
Tindakan mengharamkan kumpulan-kumpulan bantuan dikhuatiri boleh menjejaskan kemajuan yang dicapai semasa gencatan senjata dan memberikan kesan buruk kepada kanak-kanak, wanita, serta lelaki yang memerlukan bantuan.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa akses kemanusiaan bukanlah sesuatu pilihan atau tertakluk kepada syarat tertentu mahupun pertimbangan politik. Ia merupakan kewajipan undang-undang di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta keperluan asas bagi perlindungan hak asasi manusia.
Antara pemimpin yang menandatangani kenyataan itu termasuk Tom Fletcher, Penyelaras Bantuan Kecemasan dan Penolong Setiausaha Agung PBB bagi Urusan Kemanusiaan; Qu Dongyu, Ketua Pengarah Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB; Amy E. Pope, Ketua Pengarah Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi; Volker Turk, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia; dan Alexander De Croo, Pentadbir Program Pembangunan PBB.
Turut serta ialah Catherine Russell, Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF); Sima Bahous, Pengarah Eksekutif Wanita PBB dan Tedros Adhanom Ghebreyesus, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut laporan media, Israel merancang untuk melarang puluhan pertubuhan bantuan antarabangsa daripada beroperasi di Carikan Gaza dan Tebing Barat bermula 1 Jan 2026, atas alasan kegagalan mematuhi syarat pendaftaran Israel.

Sumber : Bernama/AW/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.