Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB dijangka undi draf ketetapan gencatan senjata Gaza pada Selasa

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengundi pada Selasa (20 Feb) atas desakan Algeria supaya badan seramai 15 anggota itu menuntut gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan serta-merta dalam perang Israel dengan Hamas, kata para diplomat.

Anggaran Waktu Membaca:
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dijangka mengundi pada Selasa (20 Feb) atas desakan Algeria supaya badan seramai 15 anggota itu menuntut gencatan senjata kemanusiaan dilaksanakan serta-merta dalam perang Israel dengan Hamas, kata para diplomat.

Amerika Syarikat pula memberi isyarat ia akan menggunakan kuasa veto terhadap langkah itu.

Algeria telah mengemukakan draf ketetapan awal lebih daripada dua minggu lalu.

Namun Duta Amerika ke PBB Linda Thomas-Greenfield segera berkata bahawa ketetapan itu mungkin menjejas "rundingan sensitif" bagi perang itu dihentikan buat seketika.

Pada Sabtu (17 Feb), Algeria memohon supaya majlis itu mengundi pada Selasa, kata para diplomat.

Bagi memastikan ia boleh diterima pakai, sebuah ketetapan Majlis Keselamatan PBB harus mendapat sekurang-kurangnya sembilan undi setuju dan tiada kuasa veto dari Amerika Syarikat, Britain, Perancis, China atau Rusia.

"Amerika Syarikat tidak menyokong tindakan terhadap draf ketetapan itu. Jika ia dibentangkan sebagai draf ketetapan untuk diundi, ia tidak akan diterima pakai," kata Cik Thomas-Greenfield dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan