Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PBB dakwa Rusia masih sekat bantuan kepada mangsa empangan musnah

Anggaran Waktu Membaca:
PBB dakwa Rusia masih sekat bantuan  kepada mangsa empangan musnah

(Gambar: AFP/SATELLITE IMAGE ©2023 MAXAR TECHNOLOGIES)

Diterbitkan : 19 Jun 2023 10:00AM Dikemas Kini : 19 Jun 2023 10:03AM
NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuduh Rusia terus menyekat penghantaran bantuan kemanusiaan ke kawasan-kawasan dikawal Mosko di timur Ukraine yang terjejas empangan Kakhovka yang pecah.
"Pemerintah Persekutuan Rusia setakat ini menolak permohonan kami untuk memasuki kawasan-kawasan yang dikawal sementara tenteranya," kata penyelaras bantuan kemanusiaan PBB di Ukraine, Denise Brown, dalam satu kenyataan pada Ahad (18 Jun).

"PBB akan terus berusaha sedaya mungkin untuk membantu semua individu - termasuk mereka yang menderita akibat empangan yang pecah baru-baru ini - yang memerlukan bantuan segera, tidak kira di mana mereka berada," kata Cik Brown.

"Kami menggesa pihak berkuasa Rusia supaya bertindak mengikut tanggungjawabnya di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa," tambah beliau.

Pada Sabtu (17 Jun), pegawai di kawasan yang dikawal Rusia mengumumkan bahawa angka kematian akibat empangan Kakhkova pecah sudah meningkat kepada 29 orang. Sementara itu, Kyiv menyatakan jumlah korban di kawasannya melonjak kepada 16, dengan 31 orang masih hilang.

Kyiv menuduh Mosko meletupkan empangan di sungai Dnipro, manakala Rusia menuduh Ukraine terlibat dalam insiden itu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan