PBB bimbang konflik semakin meluas di Timur Tengah
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Gutteres mengutuk perluasan konflik yang disifatkannya semakin memuncak di Timur Tengah.

Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres bercakap kepada media di sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia di Geneva pada 26 Feb 2024. (Gambar: Fabrice Coffrini/AFP)
Dalam catatannya di X, ketegangan yang berlaku akibat peningkatan demi peningkatan konflik perlu dihentikan dengan segera dan gencatan senjata sangat diperlukan.
Beliau turut bimbang dengan perluasan konflik khususnya di Lubnan.
Justeru, beliau merayu agar usaha gencatan senjata dilaksanakan dengan segera.
Katanya lagi, peperangan berskala besar mesti dielakkan di Lubnan dengan apa jua cara.
Kedaulatan dan keutuhan wilayah Lubnan juga perlu dihormati, tegas Encik Gutteres.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.